Menurut Al-Waqidi dan lainnya, mereka berkata: Satu peristiwa, pada
pertempuran Yarmuk, keluarlah dari barisan musuh seorang panglima besar
musyrik, lalu dia menyeru Khalid bin Al-Walid untuk keluar dari barisan
kaum Muslimin. Khalid pun keluar dengan kuda tangkasnya, hingga
hampir-hampir kedua kuda itu berlaga kerana ketangkasannya. Maka
berkatalah panglima pasukan musyrik itu yang bernama Jarjah:
"Engkaukah yang dikenal Khalid, panglima pasukan ini?".
"Ya, aku Khalid pedang Allah!" jawab Khalid.
"Khalid, pedang Allah?" tanya Jarjah lagi.
"Ya", jawab Khalid. "Dan engkau siapa?"
"Aku Jarjah, panglima perang!"
"Apa maksudmu memanggil aku ke sini?" tanya Khalid.
"Hai Khalid! Bicaralah yang benar, dan jangan berdusta! Sebab orang
yang merdeka itu tidak berdusta. Dan jangan pula engkau menipuku, kerana
orang yang berkedudukan seperti engkau ini tidak akan menipu yang lain,
apa lagi bila hal itu ada pertaliannya dengan Allah!" jarjah ingin
menguji kejujuran Khalid.
"Baiklah", jawab Khalid. "Aku akan berkata benar dan menjawab sesuai dengan kehendakmu!"
"Engkau mengaku diri sebagai pedang Allah, bukan?" tanya Jarjah.
"Ya", jawab Khalid pendek
"Apakah Allah telah menurunkan pedang itu dari langit kepada Utusan
kamu, lalu dia menyerahkan pedang itu kepadamu, dan engkau tidak akan
menghunuskan kepada sesiapa pun, melainkan engkau akan mengalahkannya?"
Jarjah meminta penerangan dari Khalid.
"Tidak!" jawab Khalid pendek lagi.
"Oh, tidak?!" Jarjah mengejek. "Jadi bagaimana engkau dipanggil
sebagai pedang Allah? Bukankah itu ajaib sekali?!" Jarjah menambah lagi.
"Tidak ajaib, jika engkau mendengar cerita yang sebenarnya!" jawab Khalid.
"Kalau begitu ceritakanlah kepadaku!" pinta Jarjah.
"Sekarang dengarlah ceritanya: Sesungguhnya Allah telah mengutus
kepada kita UtusanNya, lalu Beliau mengajak kami memeluk Islam, tetapi
kami menjauhkan diri darinya, dan kami sekalian menyingkirkannya.
Meskipun begitu ada juga setengah dari kami yang mempercayainya dan
mengikutnya, manakala yang lain mendustakannya dan menentangnya, dan
jika engkau ingin tahu aku adalah di antara orang-orang yang
mendustakannya dan menentangnya", Khalid menceritakan dirinya dengan
jujur.
"Sesudah itu?" tanya Jarjah yang mendengar dengan penuh minat.
"Kemudian Allah telah melembutkan hati kami, dan membukakan
pemikiran kami, lalu kami diberiNya petunjuk untuk memeluk Islam, dan
kami pun memberikan kesetiaan kami kepadanya", Khalid berdiam sebentar
mengenang dirinya di masa lalu.
"Kemudian, apa yang berlaku?" tanya Jarjah lagl
'Kerana aku memeluk Islam itulah, maka beliau berkata kepadaku: Hai
Khalid! Engkau ini adalah pedang dari pedang-pedang Allah, yang
dihunuskan Allah ke atas kaum musyrik, dan beliau mendoakan bagiku
dengan kemenangan!" jelas Khalid.
"Sebab itulah engkau dikenal dengan pedang Allah?!" tanya Jarjah.
"Ya, aku rasakan itu, dan aku orang yang paling keras di antara pasukan Islam ke atas kaum musyrik", 'jelas Khalid lagi.
"Baiklah", tanya Jarjah. "Engkau membawa pasukanmu ke sini itu, untuk apa?"
Aku datang ke sini untuk menyeru orang-orang seperti kamu kepada Islam, dan mempercayai Tuhan yang Satu!" jawab Khalid.
"Tuhan yang Satu?" tanya Jarjah.
"Ya, dengan menyaksikan bahwa tiada Tuhan melainkan Allah, dan
bahwasanya Muhammad itu adalah Utusan Allah, serta meyakini bahwa apa
yang dibawa Muhammad itu adalah dari Allah yang Maha Mulia", terang
Khalid.
"Kalau kami tidak mahu menerimanya?"
"Bayar upeti, dan kami akan melindungi kamu!"
"Kalau kami tidak mahu membayar upeti itu?"
"Kami akan memerangi kamu habis-habisan!"
"Baiklah, apa kedudukan orang yang mengikut seruanmu itu, dan yang mendampingkan diri dalam apa yang engkau seru itu?"
'Kedudukannya dengan kami sama tentang apa yang difardhukan Allah ke
atas kami sekalian, baik dia orang berpangkat atau orang yang rendah,
yang pertama memeluk Islam dan yang kebelakangan! Yakni siapa yang
mengikut Muhammad sekarang ini akan memperoleh pahala yang sama dengan
siapa yang telah mengikutnya lama sebelum ini, iaitu balasannya dan
kelebihannya?!"
"Bagaimana itu?" Jarjah meminta penjelasan.
"Ya", jawab Khalid, "bahkan boleh jadi lebih utama lagi".
"Bagaimana sampai begitu? Bagaimana agamamu menyamakan orang-orang
ini dengan kamu, padahal kamu sudah mendahului mereka?" tanya Jarjah.
"Mudah saja!" jawab Khalid. "Kita orang-orang yang terdahulu memeluk
Islam secara terpaksa, kerana kita telah menentangnya sebelum itu.
Kemudian kita memberikan kesetiaan kami kepadanya sedang dia hidup di
sisi kita, berita-berita langit sedang turun kepadanya, dia memberitahu
kita tentang firman-firman Allah itu serta dibuktikannya dengan
keterangan-keterangan yang tidak dapat diragukannya lagi", kata Khalid.
"Jadi, apa alasannya?" tanya Jarjah lagi.
"Jadi orang-orang seperti kita ini sudah melihat semua bukti-bukti
itu, dan kami mendengar sendiri darinya, sudah seharusnyalah kami
mengikutnya dan menganut kepercayaannya. Tetapi kamu tidak seperti kami,
kamu tidak melihat apa yang kami lihat, dan kamu tidak mendengar
seperti apa yang kami dengar dan berbagai keajaiban dan bukti-bukti yang
membenarkan seruan dan dakwaannya. Jadi barangsiapa yang mengikut
perkara ini di antara kamu dengan kebenaran dan niat yang baik, tentulah
dia lebih utama dari kami".
Jarjah terharu dengan penerangan
Khalid itu, lalu dia berkata: "Demi Allah, aku yakin engkau telah
mengatakan yang benar, dan engkau tidak menipuku!"
"Demi Allah,
aku telah berkata yang benar, tiada suatu pun yang aku sembunyikan, dan
Allah telah membantuku untuk menjawab soalan-soalanmu itu dengan yang
benar", terang Khalid.
"Kalau begitu, apa gunanya lagi aku
menyandang perisai ini", kata Jarjah, dia lalu melepaskannya, sambil
memeluk Khalid dan berkata: "Hai Khalid! Ajarkanlah aku agama Islam
itu!" pinta Jarjah.
Khalid Ialu mengajak Jarjah datang ke
kemahnya, lalu disiramkan ke atasnya dengan qirbah air (kulit kambing
yang dibuat untuk mengisi air), kemudian diajaknya Jarjah bersembahyang
dengannya dua rakaat.
Akhirnya pasukan Romawi kecewa apabila
Jarjah tidak kembali lagi kepada mereka. Lalu mereka memulai
penyerangannya kepada pasukan Islam, dan pada mulanya mereka merasa
bangga dengan kemenangan kecil di mana mereka dapat mematahkan
sayap-sayap pasukan Islam, kecuali yang sedang dipertahankan oleh
lkrimah bin Abu jahal ra. dan Al-Harits bin Hisyam ra. Khalid bin Walid
ra. pun keluar ke medan peperangan untuk menyelamatkan pasukan Islam,
dan keluar bersamanya Jarjah yang baru memeluk Islam. Keduanya pun
memimpin pasukan Islam di tengah-tengah pasukan Romawi yang mencoba
mengepung pasukan Islam. pasukan Islam pun berteriak semangat dan
menggempur di belakang panglimanya, si pedang Allah, sehingga akhirnya
pasukan Romawi tidak mampu bertahan lagi, dan mereka pun mundur
kebarisan mereka yang asal. Khalid terus berjuang pedang dengan pedang
bersama-sama pasukan Islam yang telah kembali semangat perjuangannya,
sedang Jarjah turut berjuang sebelah-menyebelah dengan pasukan Islam
dari sejak tengahari hingga matahari akan terbenam, dan masuk waktu
maghrib. pasukan Islam bersembahyang shalat Dzhuhur dan Asar secara
menunduk-nunduk saja kerana hebatnya pertarungan yang berlaku di antara
dua pihak itu. Akhimya Jarjah, moga-moga Allah merahmatinya, gugur
syahid setelah mendapat luka-luka berat, dan dia tidak bersembahyang
kepada Allah selain dua rakaat yang dikerjakannya dengan Khalid ra.
ketika dia memeluk Islam itu.
(Al-Bidayah Wan-Nibayah 7:12 -
Menurut Abu Nu'aim dalam "Dalaa'ilun Nubuwah", nama panglima Romawi itu
ialah jarjir bukan jarjah.)
11:33 AM
| Diposting oleh
Unknown
0 komentar:
Posting Komentar