== Pengenalan ==

Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.

Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.

Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.

== Nabi Muhammad s.a.w. ==

Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang [[Arab]] merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama [[Kristian]] dan [[Yahudi]]. [[Mekah]] ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat [[Telaga Zamzam]] dan yang paling penting sekali [[Kaabah]].

[[Nabi Muhammad s.a.w.]] dilahirkan di Makkah dalam [[Tahun Gajah]] iaitu pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 20 April (570 atau 571 Masihi). Baginda merupakan seorang anak yatim apabila ayahnya [[Abdullah bin Abdul Muttalib]] meninggal semasa beliau masih dalam kandungan dan emaknya [[Aminah binti Wahb]] meninggal dunia semasa beliau berusia 7 tahun. Kemudian beliau dijaga oleh datuknya Abdul Muthalib. Setelah datuknya meninggal baginda dijaga pula oleh pakciknya iaitu [[Abu Talib]]. Baginda kemudiannya berkahwin dengan [[Khadijah binti Khuwailid|Siti Khadijah]] semasa beliau berusia 25 tahun dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman. Baginda pernah menjadi penggembala kambing. Selain itu baginda seorang yang sangat amanah semasa bekerja bersama Khadijah dalam menjalankan perniagaan wanita yang terhormat itu.

Baginda pernah diangkat menjadi hakim. Baginda tidak menggemari suasana Mekah yang penuhi dengan masyarakat yang mempunyai masalah sosial yang tinggi. Selain dari memperdagangkan berhala, masyarakat Jahilliah turut menanam bayi-bayi perempuan. Baginda banyak menghabiskan masa mencari ketenangan digua Hira'. Sehinggala ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, baginda telah didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. Selepas beberapa ketika baginda mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah.

Pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke [[Madinah]]. Peristiwa ini dipanggil [[Hijrah]]. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar Islam.

Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad s.a.w. memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam tewas. Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka Kota [[Mekah]]. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh [[Semenanjung Arab]] di bawah penguasaan orang Islam.

== Perkembangan Islam ==

[[Image:ArabianpeninsulaAL.PNG|thumb|350px|Semenanjung Arab selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.]]

Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh dunia. [[Kerajaan Bani Ummaiyyah]], [[Kerajaan Bani Abbasiyyah]], dan [[Empayar Turki Uthmaniyyah]] boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan [[Khulafa al-Rasyidin]].

===Khulafa al-Rasyidin===

''Untuk rencana utama: sila lihat [[Khulafa al-Rasyidin]]''

*[[632]]M- Kewafatan [[Nabi Muhammad s.a.w.]] [[Saidina Abu Bakar]] dilantik menjadi [[khalifah]]. [[Usamah ibn Zaid]] mengetuai ekspedisi ke [[Syria]]. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan [[Musailamah al-Kazzab]].
*[[633]]M- Pengumpulan [[Al Quran]] bermula.
*[[634]]M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. [[Saidina Umar Al-Khatab]] dilantik menjadi khalifah. Penaklukan [[Damsyik]] dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
*[[635]]M- Penawanan [[Madain]], ibukota [[Empayar Parsi]] [[Sassanid]].
*[[636]]M- Penaklukan [[Syria]], [[Mesopotamia]], dan [[Palestin]].
*[[637]]M- [[Mesir]] ditawan.
*[[638]]M- Penawanan [[Baitulmuqaddis]] oleh tentera [[Islam]].
*[[640]]M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
*[[644]]M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. [[Saidina Uthman Affan]] menjadi khalifah.
*[[645]]M- Kempen di [[Afrika Utara]]. [[Cyprus]] ditakluk.
*[[646]]M- Kempen menentang [[Byzantine]].
*[[647]]M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar [[Parsi]] [[Sassanid]] ditumpaskan.
*[[648]]M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
*[[656]]M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. [[Saidina Ali Abi Talib]] dilantik menjadi khalifah. Terjadinya [[Perang Jamal]].
*[[657]]M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada [[Madinah]] ke [[Kufah]]. [[Perang Siffin]] meletus.
*[[659]]M- Saidina Ali menawan kembali [[Hijaz]] dan [[Yaman]] daripada [[Muawiyah]].
*[[661]]M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Saidina Hasan (Cucu Rasulullah S.a.w) kemudian diangkat sebagai Khalifah  ke-5 Umat Islam menggantikan Saidina Ali.
*[[661]]M- Setelah sekitar 6 bulan Khalifah Saidina Hasan memerintah, 2 kelompok besar pasukan Islam yaitu Pasukan Khalifah Saidina Hasan di Kufah dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap untuk memulai suatu pertempuran besar. Ketika pertempuran hendak pecah, Muawiyah kemudian menawarkan rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan yang kemudian dengan pertimbangan persatuan Umat Islam, rancangan perdamaian Muawiyah ini diterima secara bersyarat oleh Khalifah Saidina Hasan dengan kekuasaan Kekhalifahan diserahkan oleh Khalifah Hasan kepada Muawiyah. Tahun itu kemudian dikenal dengan nama Tahun Perdamaian/Persatuan Umat (Am Jamaah) dalam sejarah Umat Islam. Sejak saat itu Muawiyah menjadi Khalifah Umat Islam yang kemudian dilanjutkannya dengan sistem Kerajaan Islam yang pertama yaitu pergantian pemimpin (Raja Islam) yang dilakukan secara turun temurun (Daulah Umayyah) dari Daulah Umayyah ini kemudian berlanjut kepada Kerajaan-Kerajaan Islam selanjutnya seperti Daulah Abbasiyah, Fatimiyyah, Usmaniyah dll.

===Kerajaan Bani Ummaiyyah===

''Untuk rencana utama: sila lihat [[Kerajaan Bani Ummaiyyah]]''

*[[661]]M- [[Muawiyah]] menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
*[[670]]M- Mara ke [[Afrika Utara]]. Penaklukan [[Kabul]].
*[[677]]M- Penawanan [[Samarkand]] dan [[Tirmiz]]. Serangan ke atas [[Constantinople]].
*[[680]]M- Kematian Muawiyah. [[Yazid I]] menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan [[Saidina Hussein ibni Ali|Saidina Hussein]].
*[[685]]M- Khalifah [[Abdul Malik bin Marwan|Abdul Malik]] menjadikan [[Bahasa Arab]] sebagai bahasa rasmi kerajaan.
*[[700]]M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
*[[711]]M- Penaklukan [[Sepanyol]], [[Sind]], dan [[Transoxiana]].
*[[712]]M- Tentera [[Ummaiyyah]] mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
*[[713]]M- Penaklukan [[Multan]].
*[[716]]M- Serangan ke atas Constantinople.
*[[717]]M- [[Umar bin Abdul Aziz]] menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
*[[725]]M- Tentera Islam menawan [[Nimes]] di [[Perancis]].
*[[749]]M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di [[Kufah]], [[Iraq]] ditangan tentera [[Abbasiyyah]].
*[[750]]M- [[Damsyik]] ditawan oleh tentera [[Abbasiyyah]]. Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

===Kerajaan Bani Abbasiyyah===

''Untuk rencana utama: sila lihat [[Kerajaan Bani Abbasiyyah]]''

*[[752]]M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
*[[755]]M- Pemberontakan [[Abdullah bin Ali]]. Pembunuhan [[Abu Muslim]].
*[[756]]M- [[Abd ar-Rahman I]] mengasaskan Kerajaan Bani [[Ummaiyyah Sepanyol.
*[[763]]M- Penubuhan kota [[Baghdad]]. Kekalahan tentera Abbasiyyah di [[Sepanyol]].
*[[786]]M- [[Harun al-Rashid]] menjadi Khalifah.
*[[792]]M- Serangan ke atas selatan [[Perancis]].
*[[800]]M- Kaedah sainstifik dicipta. [[Algebra]] dicipta oleh [[Al-Khawarizmi]].
*[[805]]M- Kempen menentang [[Byzantine]]. Penawanan Pulau [[Rhodes]] dan [[Cyprus]].
*[[809]]M- Kewafatan [[Harun al-Rashid]]. [[Al-Amin]] dilantik menjadi khalifah.
*[[814]]M- Perang saudara di antara [[Al-Amin]] dan [[Al-Ma'mun]]. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.
*[[1000]]M- [[Masjid Besar Cordoba]] siap dibina.
*[[1005]]M- [[Multan]] dan [[Ghur]] ditawan.
*[[1055]]M- Baghdad ditawan oleh tentera [[Turki Seljuk]]. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun [[1258]] apabila tentera [[Mongol]] memusnahkan Baghdad.
*[[1085]]M- Tentera [[Kristian]] tawan [[Toledo]] (di Sepanyol).
*[[1091]]M- Bangsa Norman tawan [[Sicily]], pemerintahan [[Muslim]] di sana tamat.
*[[1095]]M- [[Perang Salib]] pertama berlaku.
*[[1099]]M- Tentera Salib tawan [[Baitulmuqaddis]]. Mereka membunuh semua penduduknya.
*[[1144]]M- [[Nuruddin Zengi]] tawan [[Edessa]] daripada tentera [[Kristian]]. Perang Salib kedua berlaku.
*[[1187]]M- [[Salahuddin Al-Ayubbi]] tawan [[Baitulmuqaddis]] daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
*[[1194]]M- Tentera [[Muslim]] menawan [[Delhi]], [[India]].
*[[1236]]M- Tentera Kristian tawan [[Cordoba]] (di Sepanyol).
*[[1258]]M- Tentera [[Mongol]] menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah-Seljuk.
*[[1260]]M- Kebangkitan Islam. Kerajaan Bani Mamluk di Mesir (merupakan pertahanan Islam yang ketiga terakhir selepas Makkah & Madinah) pimpinan Sultan [[Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz]] menewaskan tentera Mongol di dalam pertempuran di Ain Jalut.

===Empayar Turki Uthmaniyyah===

''Untuk rencana utama: sila lihat [[Empayar Turki Uthmaniyyah]]''

*[[1243]]M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di [[Asia Kecil]].
*[[1299]]M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah [[Turki Seljuk]] ditubuhkan di barat [[Anatolia]].
*[[1301]]M- [[Osman I]] mengisytiharkan dirinya sebagai [[sultan]]. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
*[[1345]]M- Turki Seljuk menyeberangi [[Selat Bosporus]].
*[[1389]]M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera [[Serb]] di [[Kosovo]].
*[[1402]]M- [[Timurlane]], Raja [[Tartar]] (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di [[Ankara]].
*[[1451]]M- Sultan [[Muhammad al-Fatih]] menjadi pemerintah.
*[[1453]]M- [[Constantinople]] ditawan oleh tentera Islam pimpinan Sultan [[Muhammad al-Fatih]]. Berakhirnya Empayar [[Byzantine]].
*[[1520]]M- Sultan [[Sulaiman al-Qanuni]] dilantik menjadi sultan.
*[[1526]]M- Perang Mohacs
*[[1529]]M- Serangan dan kepungan ke atas [[Vienna]].
*[[1571]]M- [[Perang Lepanto]] berlaku.
*[[1641]]M- Pemerintahan Sultan [[Muhammad IV]]
*[[1683]]M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
*[[1687]]M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
*[[1703]]M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan [[Ahmed III]].
*[[1774]]M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
*[[1792]]M- Perjanjian Jassy.
*[[1793]]M- Sultan [[Selim III]] mengumumkan "Pentadbiran Baru".
*[[1798]]M- [[Napoleon]] cuba untuk menawan [[Mesir]].
*[[1804]]M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa [[Serbia]] pertama.
*[[1815]]M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
*[[1822]]M- Bermulanya perang kemerdekaan [[Greece]].
*[[1826]]M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit [[Janissari]]. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di [[Navarino]].
*[[1829]]M- Perjanjian Adrianople.
*[[1830]]M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
*[[1841]]M- Konvensyen Selat.
*[[1853]]M- Bermulanya [[Perang Crimea]].
*[[1856]]M- Berakhirnya [[Perang Crimea]].
*[[1876]]M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
*[[1878]]M- Kongres [[Berlin]]. [[Serbia dan Montenegro]] diberi kemerdekaan. [[Bulgaria]] diberi kuasa autonomi.
*[[1908]]M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai [[Turki Muda]] ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. [[Austria]] menyerang [[Bosnia dan Herzegovina]].
*[[1912]]M- [[Perang Balkan]] pertama.
*[[1913]]M- Perang Balkan kedua.
*[[1914]]M- Empayar Uthmaniyyah memasuki [[Perang Dunia I]] sebagai sekutu kuasa tengah.
*[[1919]]M- [[Mustafa Kemal Atatürk]] mendarat di [[Samsun]].
*[[1923]]M- Sistem kesultanan dihapuskan. [[Turki]] diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
*[[1924]]M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.


0 komentar:

Posting Komentar